Followers

Thursday, 28 December 2017

Cegah amalan syirik dan khurafat




DUA6022-KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

PENSYARAH : MOHD ZUKY HANAFI

TAJUK : AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM  FILEM TELAH MEMPENGARUHI PENONTON 

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PROGRAM : DEE

MUHD MUAL'LIM BIN OSMAN (12DEE15F1004)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN KASSIM (12DEE15F1007)
MOHAMAD SYAMIL BIN MOHAMAD (12DEE15F2014) 


OBJEKTIF
1) Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan masyarakat sebelum filem itu diterbitkan. 

2) Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain. 

3) Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita. 
4) Menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan syirik dan khurafat. 
5) Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang terperinci tentang amalan syirik yang semakin berleluasa.
6) Menyampaikan pesanan kepada masyarakat supaya tidak terikut dengan amalan syirik dan khurafat yang ditunjukkan di dalam filem. 

PENDAHULUAN

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka.Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan.Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam.Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram.secara khususnya isu yang perlu diambil berat dan diketengahkan adalah unsur-unsur syirik dan khurafat yang disiarkan dalam filem-filem yang diterbitkan di mana boleh merosakkan aqidah masyarakat. Seperti yang diketahui,filem seram merupakan filem yang paling banyak menyiarkan unsur-unsur ini bagi menarik minat masyarakat untuk menonton.Filem ber’genre’ seram ini sendiri mendapat kutipan terbanyak dalam sejarah kutipan filem tertinggi sepanjang zaman di Malaysia melalui filem “Munafik” berbanding filem yang menfokuskan kepada genre kerohanian dan pengajaran.kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar.

Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.Fitrah manusia lebih cenderung kepada  perkara negatif berbanding positif kerana ianya lebih memberi impak. Sebagai contoh, seperti yang diketahui umum filem berunsurkan positif terutama kerohanian dan pengajaran kurang mendapat perhatian masyarakat berbanding filem yang berasakan perkara negatif.


PENGERTIAN SYIRIK

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu yang lain iaitu makhluk sekutu bagi Allah. Firman Allah dalam al-Quran Surah al-Ma’idah, ayat 72 bermaksud:

“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”.
Syirik adalah merupakan sesuatu yang amat berbahaya. Hal ini adalah kerana apabila seseorang itu terlibat dengan perbuatan syirik, maka ia akan mengakibatkan tergelincirnya akidah seseorang muslim daripada landasan keimanan kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam al-Quran, di dalam surah al-Nisa’ ayat 116, maksudnya:
”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukamNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”.

Maksud daripada ayat ini ialah apabila seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan syirik dan tidak sempat bertaubat kepada Allah, maka sudah tentu akan terjerumus dalam kebinasaan untuk selama-lamanya di akhirat kelak. Hal ini adalah kerana ia tidak akan memperoleh pengampunan daripada Allah SWT. Justeru, syirik adalah merupakan suatu kesalahan yang amat besar yang tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa pun jua. Sehubungan dengan itu, nabi SAW melalui hadis yang sahih telah memberi amaran agar menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan syirik kerana ia merupakan suatu kebinasaan.
JENIS-JENIS SYIRIK
Perbuatan syirik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu syirik khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata). Syirik jali ialah syirik yang dilakukan secara jelas dan terang yang menjerumuskan seseorang itu ke dalam lembah kekufuran. Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
  • Menerusi iktiqad: Contohnya ialah meragui atau menafikan kewujudan Allah dan berkeyakinan bahawa sistem ciptaan manusia lebih baik dan sempurna daripada sistem dan perundangan yang diciptakan Allah.
  • Menerusi perbuatan atau amalan: Contohnya adalah seperti perbuatan menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Begitu juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan memuja kubur atas dakwaan kubur itu keramat atau meminta bantuan bomoh yang menggunakan makhlus halus dalam perubatan dan sebagainya.
  • Menerusi lidah atau perkataan: Contohnya adalah seperti menghalalkan perkara haram atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan.
Syirik khafi pula ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik daripada kategori ini banyak berkaitan dengan perbuatan riyak di dalam beramal atau dalam melakukan sesuatu perkara. Rasulullah SAW pernah menasihatkan para sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh para sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah SAW pun menjawab bahawa syirik kecil yang dimaksudkan ialah riyak dalam melakukan amalan.
ANTARA AMALAN SYIRIK YANG DILAKUKAN

Syirik Melalui Bomoh
Antara amalan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam pada hari ini yang melibatkan perbuatan syirik ialah dengan meminta bantuan bomoh yang menggunakan perantaraan jin dan makhluk halus dalam perubatan. Sesuatu yang menghairankan ialah semakin dunia menjadi canggih dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, keterlibatan masyarakat dalam hal-hal syirik seumpama ini pun semakin menjadi-jadi dan berleluasa.

Berdoa kepada selain daripada Allah

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ , قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَةً ، وَقُلْتُ أُخْرَى ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ مَاتَ وَهْوَ يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ نِدًّا دَخَلَ النَّارَ ” , وَقُلْتُ : أَنَا مَنْ مَاتَ وَهْوَ لَا يَدْعُو لِلَّهِ نِدًّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata : Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata dengan satu kalimah, dan aku berkata dengan perkataan yang lain, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaaan meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah, dia masuk neraka. Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Sesiapa yang mati dalam keadaan dia tidak meminta kepada selain Allah, dia akan masuk syurga. [Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 4162] 

Tangkal

عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، قَالَ : كَانُوا يَكْرَهُونَ التَّمَائِمَ كُلَّهَا ، مِنَ الْقُرْآنِ وَغَيْرِ الْقُرْآنِ.
Ibrahim Nakhaie berkata: Mereka (para sahabat nabi) membenci kesemua jenis tangkal, tidak kira ia diperbuat daripada ayat al-Quran atau bukan al-Quran [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Ta’liq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no: 23933].
Dalil-dalil ini menunjukkan haramnya menggantung tangkal.Jika seseorang berkeyakinan bahawa tangkal itu yang memberi kesan, maka itu adalah syirik besar, dan jika dia berkeyakinan bahawa tangkal itu hanya usaha, yang memberi kesan ialah Allah, maka itu adalah syirik kecil.


Jampi

عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ ، قال : كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ ؟ ، فَقَالَ : ” اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
Auf bin Malik al-Asyja‘iy radhiallahu ‘anhu berkata: Kami di zaman Jahiliyyah mempraktikkan jampi-jampian. Maka kami bertanya: “Ya Rasulullah, apakah pendapat anda tentang hal ini?” Rasulullah menjawab: Tunjukkan kepada aku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampian yang di dalamnya tidak mengandungi syirik. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4086]



 PENGERTIAN KHURAFAT

Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.

Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :
a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda

Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam. Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.

CONTOH-CONTOH AMALAN KHURAFAT

Mendirikan Rumah Baru.

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.
Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu. 
 


Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.

Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya. 

Kenduri Tolak Bala.

Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Mengandung / Kelahiran bayi

Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.  

Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.

Upacara ini biasanya di lakukan oleh guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan seorang Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang.

Membuang Air Kecil/Besar

Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut "Minta tabik tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing" atau "Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu". Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.


ANTARA BENTUK-BENTUK KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL DAN KEBUDAYAAN KARUT YANG DIPERCAYAI OLEH MASYARAKAT YANG TERDAPAT DALAM MEDIA HARI INI.
 Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya
a)      Menganggap keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan tertentu.
b)      Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
c)      Cerita-cerita yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
d)      Cerita-cerita yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam.
e)      Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam.
f)       Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang tertentu.
g)      Cerita-cerita yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dan sebagainya.
BENTUK PENERBITAN YANG DILARANG
Semua bentuk penerbitan yang memapar dan mempromosikan kepercayaan kepada benda-benda keramat dan sifat luar biasa sesuatu objek-objek tertentu.
        I.            Mengenai kepercayaan kepada objek-objek seperti cincin batu akek, keris lama, tombak yang dianggap boleh memberi apa-apa manfaat ataupun pertolongan.
     II.            Mengenai kepercayaan kepada sial-majal seperti adat mandi limau, mandi safar dan adat mandi membuang sial.
Semua penerbitan yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa qudrat dan iradat daripada Allah S.W.T. (Dalam masyarakat Melayu, jin juga dikenali dalam berbagai nama seperti polong, toyol, iblis, saka dan lain-lain).
        I.            Memaparkan kisah-kisah perbomohan yang pasti boleh sembuh kerana berkat pertolongan jin. Kisah seumpama ini boleh menunjukkan bahawa golongan makhluk ghaib lebih berkuasa untuk menolong daripada Allah.
     II.            Memaparkan kisah-kisah pemujaan menggunakan mentera, memuja kubur, meminta bantuan toyol dan seumpamanya.
Semua penerbitan yang menggambarkan perkara-perkara ghaibiyyat secara terperinci, sedangkan ianya tidak terdapat dalam al-Quran atau al-Hadith.
        I.            Memaparkan kisah-kisah mimpi seorang yang dapat melihat keadaan seksa di alam kubur, keadaan di Syurga dan Neraka.
     II.             Mempamerkan bentuk makhluk halus, seumpama jin, secara jelas dan nyata.
Semua penerbitan yang memaparkan pemujaan-pemujaan kepada makhluk syaitan, atau kisah-kisah manusia boleh berhubungan terus dengan jin dan roh.
        I.            Kisah-kisah bomoh menggunakan jin yang berkuasa melakukan sesuatu melebihi kuasa Allah, seumpama menyembuhkan segala penyakit atau mengetahui sesuatu barang yang hilang.        
     II.            Kisah-kisah yang memaparkan tentang pengalaman yang berkaitan dengan penjelmaan semula roh orang yang telah mati (Istihdhar al-Arwah), penurunan roh (Istinzal al-Arwah) dan roh berkuasa menolong (Istikhdam al-Arwah).
Semua penerbitan yang memaparkan cerita-cerita bersumberkan daripada kepercayaan lama, kepercayaan kepada petanda, pantang larang dan adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran Islam.
        I.            Mengenai kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi di cermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air.
     II.            Mengenai kepercayaan bahawa tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala.
Penerbitan yang memaparkan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
        I.            Mengenai kepercayaan kepada cerita-cerita kononnya dengan memaku tengkok pontianak boleh menyebabkan pontianak tersebut menjelma semula menjadi manusia.
ANTARA CONTOH FILEM YANG MEMPUNYAI UNSUR SYIRIK DAN KHURAFAT
Kebanyakkan filem seram di Malaysia menunjukkan amalan-amalan khurafat kepada khalayak ramai seperti amalan menyembuhkan penyakit dengan berjumpa dengan bomoh bagi meminta untuk disembuhkan. Sebagaimana yang diketahui amalan ini memerlukan komunikasi antara manusia(bomoh) dan jin atau syaitan.



Amalan seterusnya adalah melalui filem ‘Ngangkung’ di mana amalan memuja di kawasan tanah perkuburan untuk meminta petunjuk mengenai nombor ekor. Tiga watak utama filem tersebut bersama bomoh telah menjalankan amalan tersebut di sebuah kubur lama dengan beberapa jenis jampi.

Filem "Hantu Bonceng" yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.



 

KESAN KESAN FILEM BERUNSUR KHURAFAT ATAU SYIRIK KEPADA AKIDAH MASYARAKAT
Perkara yang membawa terpesong akidah
      Terdapat satu babak dalam filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan siksaan2 yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap siksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti yang digambarkan.
      Bentuk sihir yang ditayangkan seperti pemujaan benda ghaib atau bacaan yang tidak difahami merupakan adaptasi perlakuan syirik oleh penonton. Malah, penonton juga sedikit-sebanyak turut meniru perlakuan tersebut.
      Ramai masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang sebenar. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin untuk pergi menemui kahin(dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk ini berbanding takutkan Allah Taala.
Kesan-kesan lain:
1.      Memperbodohkan masyarakat
Islam tidak menerima apa jua perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk termasuk memvisualkan jin dan syaitan dalam bentuk drama atau filem. Momokan mitos yang disiarkan tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Bahkan drama dan filem seram yang keterlaluan amat merbahaya kerana ia boleh menyumbang kepada penyelewengan akidah.
Peter Gay menulis dalam sebuah buku beliau yang bertajuk “The Cultivation of Hatred” menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial dan pada setiap abad manusia akan mencipta satu budaya baru. Sekiranya mengambil kata-kata Peter Gay, dapat kita lihat bahawa semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia apabila kita ingin mencapai negara maju wujud golongan-golongan yang menanam dan mempopularkan kembali elemen-elemen tahyul dan mistik.
Ini akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Maka pemikiran tahyul akan kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat. Natijahnya umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara kita tidak mampu untuk menjadi negara yang maju. Justeru, adakah kita kita ingin kembali kepada zaman dimana pemikiran tahyul begitu kuat dalam masyarakat kita pada satu ketika dahulu ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankkan oleh kerajaan?
2.      Cerita tahyul dijadikan hiburan semata-mata
 Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan. Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik. Ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka ria.
3.      Pengaruh kepada kanak-kanak
 Kanak2 belajar daripada pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkahlaku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia menyebabkan kanak2 terikut2 dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang.
4.      Mengeksploitasi media sebagai sumber ilmu yang salah
 Rakyat Malaysia mudah terpengaruh, mengikut dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai kemewahan. Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu sihir untuk tujuan tertentu contoh santau, ilmu hitam, bomoh dan berunsur khurafat berpunca dari hasad dengki atau untuk kepentingan diri sendiri.
5.      Masa yang dipertontonkan tidak sesuai
 Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat islam.Malam yang penuh barakah ini tampak ‘mesra’ di kalangan umat Islam khususnya sebagai malam yang seram lagi menakutrkant Syarikat-syarikat produksi filem yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita ‘hantu’ dan seram kepada syarikat televisyen perdana  menyumbang kepada budaya negatif seperti meminta izin ketika melalui pokok besar dan sebagainya..Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada ‘penghayatan’ cerita ini, sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat ‘misteri’ bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan melalaikan.




CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT:  

KERAJAAN
·         Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
·         Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
·         Memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar.
·         Menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni
·         Mewujudkan unit kaunseling dan pusat pembentukkan akidah   terutamanya dikalangan remaja Islam.
·         Mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam.
·         Menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.



PERANAN MASYARAKAT
·         Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
PERANAN DIRI SENDIRI
·         Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka. 




  1.     Mengenakan Syarat Tapisan yang Ketat

      Dengan berdasarkan impak negatif yang banyak daripada filem-filem tersebut, kami menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat terhadap produser filem. Perkara ini dapat menghalang impak negatif tersebut daripada menular dalam jiwa para masyarakat yang menontonnya. Pihak kementerian perlu menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan masyarakat. Syarat tapisan yang ketat itu perlulah dikaji terlebih dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan dengan filem.
     
             Mengenakan denda atau hukuman yang berat 

      Kami mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Hal ini dirasakan penting untuk mengelakkan para rmasyarakat kita daripada impak negatif filem-filem tersebut. Denda dan hukuman yang berat itu sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem yang lain untuk melanggar garis panduan yang telah ditetapkan itu. Sebagai contohnya, pengeluar filem yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan hukuman penjara mandatori agar dia tidak dapat mengeluarkan filem yang sama.




KESIMPULAN



 
Secara rumusannya, Islam agama yang menitik beratkan aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali. Dalam bab akidah Islam, setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini. Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan. kami telah peroleh pelbagai pengajaran dan pengetahuan yang baik daripada kajian ini. Antara pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat Islam, kita diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati. Terutama sekali dalam melakukan tugas-tugas harian sebagai khalifah di bumi ini. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.
Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)
kita haruslah berpegang teguh dengan ajaran agama Islam dan juga sentiasa memahami dan mendalami ilmu Al-Quran dan Sunnah bagi mengelakkan amalan khurafat ini terus berleluasa dalam kalangan masyarakat khusunya masyarakat Islam kita sendiri. Sebagai khalifah di bumi, kita juga sentiasa dituntut untuk sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala-Nya, apatah lagi jika perbuatan kita itu berunsurkan khurafat.Oleh itu, dalam kita berseronok dalam hiburan duniawi, perlu beringat agar tidak terjerumus kepada perkara yang boleh merosakkan akidah sebagai seorang umat Islam. Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah s.w.t merupakan pencipta sekalian makhluk.