DUA6022-KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
PENSYARAH : MOHD ZUKY HANAFI
TAJUK : AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PENONTON
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
PROGRAM : DEE
MUHD MUAL'LIM BIN OSMAN (12DEE15F1004)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN KASSIM (12DEE15F1007)
MOHAMAD SYAMIL BIN MOHAMAD (12DEE15F2014)
OBJEKTIF
1)
Kerajaan perlu membuat penapisan setiap filem yang melibatkan amalan agama dan
masyarakat sebelum filem itu diterbitkan.
2)
Menekankan tentang keburukan amalan khurafat dan syirik dalam setiap ceramah
dan program di sekolah, IPT, tempat awam, masjid dan lain-lain.
3)
Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan
khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.
4) Menyedarkan masyarakat tentang keburukan amalan syirik dan khurafat.
5) Memberi pengetahuan yang luas dan penjelasan yang terperinci tentang amalan syirik yang semakin berleluasa.
6) Menyampaikan pesanan kepada masyarakat supaya tidak terikut dengan amalan syirik dan khurafat yang ditunjukkan di dalam filem.
PENDAHULUAN
Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara
yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang
menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat ". Pepatah ini menunjukkan
betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat
istiadat mereka.Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan.Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah
mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat
Islam.Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan
penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan
komedi, romantik, aksi, mahupun seram.secara khususnya isu yang perlu diambil berat dan diketengahkan adalah
unsur-unsur syirik dan khurafat yang disiarkan dalam filem-filem yang
diterbitkan di mana boleh merosakkan aqidah masyarakat. Seperti yang
diketahui,filem seram merupakan filem yang paling banyak menyiarkan unsur-unsur
ini bagi menarik minat masyarakat untuk menonton.Filem ber’genre’ seram ini sendiri mendapat kutipan terbanyak dalam
sejarah kutipan filem tertinggi sepanjang zaman di Malaysia melalui filem
“Munafik” berbanding filem yang menfokuskan kepada genre kerohanian dan
pengajaran.kebangkitan filem-filem
berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada
diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga
yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat
unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih
lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan
golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar.
Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan
mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan
terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan mengenai kononnya wujud pelbagai
jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada
penonton.Fitrah manusia lebih cenderung kepada perkara negatif berbanding positif kerana
ianya lebih memberi impak. Sebagai contoh, seperti yang diketahui umum filem
berunsurkan positif terutama kerohanian dan pengajaran kurang mendapat
perhatian masyarakat berbanding filem yang berasakan perkara negatif.
PENGERTIAN SYIRIK
Syirik
adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada
perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan
sesuatu yang lain iaitu makhluk sekutu bagi Allah. Firman Allah dalam
al-Quran Surah al-Ma’idah, ayat 72 bermaksud:
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka”.
Syirik adalah merupakan sesuatu yang amat berbahaya. Hal ini adalah
kerana apabila seseorang itu terlibat dengan perbuatan syirik, maka ia
akan mengakibatkan tergelincirnya akidah seseorang muslim daripada
landasan keimanan kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam al-Quran,
di dalam surah al-Nisa’ ayat 116, maksudnya:
”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukamNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”.
Maksud daripada ayat ini ialah apabila seseorang itu meninggal dunia
dalam keadaan syirik dan tidak sempat bertaubat kepada Allah, maka sudah
tentu akan terjerumus dalam kebinasaan untuk selama-lamanya di akhirat
kelak. Hal ini adalah kerana ia tidak akan memperoleh pengampunan
daripada Allah SWT. Justeru, syirik adalah merupakan suatu kesalahan
yang amat besar yang tidak boleh dipandang remeh oleh sesiapa pun jua.
Sehubungan dengan itu, nabi SAW melalui hadis yang sahih telah memberi
amaran agar menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan syirik
kerana ia merupakan suatu kebinasaan.
JENIS-JENIS SYIRIK
Perbuatan syirik boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu syirik
khafi (tersembunyi) dan syirik jali (terang dan nyata). Syirik jali
ialah syirik yang dilakukan secara jelas dan terang yang menjerumuskan
seseorang itu ke dalam lembah kekufuran. Syirik ini boleh berlaku
melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
- Menerusi iktiqad: Contohnya ialah meragui atau menafikan kewujudan Allah dan berkeyakinan bahawa sistem ciptaan manusia lebih baik dan sempurna daripada sistem dan perundangan yang diciptakan Allah.
- Menerusi perbuatan atau amalan: Contohnya adalah seperti perbuatan menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Begitu juga termasuk dalam kategori ini ialah perbuatan memuja kubur atas dakwaan kubur itu keramat atau meminta bantuan bomoh yang menggunakan makhlus halus dalam perubatan dan sebagainya.
- Menerusi lidah atau perkataan: Contohnya adalah seperti menghalalkan perkara haram atau mengharamkan sesuatu yang dihalalkan.
Syirik khafi pula ialah
syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya
pahala seseorang. Syirik daripada kategori ini banyak berkaitan dengan
perbuatan riyak di dalam beramal atau dalam melakukan sesuatu perkara.
Rasulullah SAW pernah menasihatkan para sahabat supaya berhati-hati dan
menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh para sahabat apakah yang
dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah SAW pun menjawab
bahawa syirik kecil yang dimaksudkan ialah riyak dalam melakukan amalan.
ANTARA AMALAN SYIRIK YANG DILAKUKAN
Syirik Melalui Bomoh
Antara amalan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam
pada hari ini yang melibatkan perbuatan syirik ialah dengan meminta
bantuan bomoh yang menggunakan perantaraan jin dan makhluk halus dalam
perubatan. Sesuatu yang menghairankan ialah semakin dunia menjadi
canggih dengan pelbagai kemajuan sains dan teknologi, keterlibatan
masyarakat dalam hal-hal syirik seumpama ini pun semakin menjadi-jadi
dan berleluasa.
Berdoa kepada selain daripada Allah
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ , قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَةً ، وَقُلْتُ أُخْرَى ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ مَاتَ وَهْوَ يَدْعُو مِنْ دُونِ
اللَّهِ نِدًّا دَخَلَ النَّارَ ” , وَقُلْتُ : أَنَا مَنْ مَاتَ وَهْوَ
لَا يَدْعُو لِلَّهِ نِدًّا دَخَلَ الْجَنَّةَ
‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata : Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam berkata dengan satu kalimah, dan aku berkata dengan
perkataan yang lain, baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang mati dalam keadaaan meminta kepada selain Allah sebagai sekutu kepada Allah, dia masuk neraka.
Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Sesiapa yang mati dalam
keadaan dia tidak meminta kepada selain Allah, dia akan masuk syurga.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, hadis no: 4162] Tangkal
عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، قَالَ : كَانُوا يَكْرَهُونَ التَّمَائِمَ كُلَّهَا ، مِنَ الْقُرْآنِ وَغَيْرِ الْقُرْآنِ.
Ibrahim Nakhaie berkata: Mereka (para sahabat nabi) membenci kesemua
jenis tangkal, tidak kira ia diperbuat daripada ayat al-Quran atau bukan
al-Quran [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Ta’liq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no: 23933].Dalil-dalil ini menunjukkan haramnya menggantung tangkal.Jika seseorang berkeyakinan bahawa tangkal itu yang memberi kesan, maka itu adalah syirik besar, dan jika dia berkeyakinan bahawa tangkal itu hanya usaha, yang memberi kesan ialah Allah, maka itu adalah syirik kecil.
Jampi
عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ ، قال : كُنَّا
نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، كَيْفَ
تَرَى فِي ذَلِكَ ؟ ، فَقَالَ : ” اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ
بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ
Auf bin Malik al-Asyja‘iy radhiallahu ‘anhu berkata: Kami di zaman
Jahiliyyah mempraktikkan jampi-jampian. Maka kami bertanya: “Ya
Rasulullah, apakah pendapat anda tentang hal ini?” Rasulullah menjawab:
Tunjukkan kepada aku jampi-jampian kamu. Tidak mengapa dengan
jampi-jampian yang di dalamnya tidak mengandungi syirik. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 4086]
PENGERTIAN KHURAFAT
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita sama ada rekaan atau
khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat,
ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran
Islam. Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan
perbuatan yang direka dan bersifat karut dan dusta.
Di antara faktor-faktor yang mendorong berlakunya khurafat ialah :
a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda
a). Mudah mempercayai benda-benda tahyul
b). Kecetekan ilmu agama
c). Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda
Antara
ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak
sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng,
khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan
adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan
kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada
akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan
sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan
syariat Islam.
Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi
secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini.
Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam
dalam kehidupan seharian.
CONTOH-CONTOH AMALAN KHURAFAT
Mendirikan Rumah Baru.
Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.
Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.
Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.
Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.
Upacara Menurunkan Perahu / Kapal yang baru ke laut.
Upacara ini di lakukan oleh Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.
Kenduri Tolak Bala.
Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.
Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.
Mengandung / Kelahiran bayi
Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.
Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.
Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.
Upacara ini biasanya di lakukan oleh guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan seorang Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang.
Membuang Air Kecil/Besar
Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut "Minta tabik tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing" atau "Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu". Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.
Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut "Minta tabik tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpang kencing" atau "Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu". Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.
ANTARA BENTUK-BENTUK KERAMAT, KHURAFAT, TAHYUL DAN
KEBUDAYAAN KARUT YANG DIPERCAYAI OLEH MASYARAKAT YANG TERDAPAT DALAM MEDIA HARI
INI.
Kepercayaan adanya keramat pada benda-benda
dan objek tertentu yang boleh mendatangkan kebaikan luar biasa seperti telaga
keramat, cincin keramat, keris keramat, buaya keramat, dan sebagainya
a)
Menganggap
keramat pada seseorang yang berpengaruh dalam masyarakat, atau kumpulan
tertentu.
b)
Cerita-cerita
yang tidak didasarkan pada nas-nas syarak sama ada al-Quran atau al-Hadith.
c)
Cerita-cerita
yang berunsur metos dan legenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan
karut.
d)
Cerita-cerita
yang bersumberkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan
Islam.
e)
Cerita-cerita
yang berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus bagi tujuan
memudharatkan orang lain dan menyeleweng dari akidah Islam.
f)
Menggunakan
objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya bagi tujuan yang
tertentu.
g)
Cerita-cerita
yang mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariat Islam dan
sebagainya.
BENTUK PENERBITAN YANG DILARANG
Semua bentuk
penerbitan yang memapar dan mempromosikan kepercayaan kepada benda-benda
keramat dan sifat luar biasa sesuatu objek-objek tertentu.
I.
Mengenai kepercayaan kepada
objek-objek seperti cincin batu akek, keris lama, tombak yang dianggap boleh
memberi apa-apa manfaat ataupun pertolongan.
II.
Mengenai kepercayaan
kepada sial-majal seperti adat mandi limau, mandi safar dan adat mandi membuang
sial.
Semua penerbitan
yang memaparkan keyakinan bahawa makhluk jin itu mempunyai kuasa mutlak tanpa
qudrat dan iradat daripada Allah S.W.T. (Dalam masyarakat Melayu, jin juga
dikenali dalam berbagai nama seperti polong, toyol, iblis, saka dan lain-lain).
I.
Memaparkan kisah-kisah perbomohan
yang pasti boleh sembuh kerana berkat pertolongan jin. Kisah seumpama ini boleh
menunjukkan bahawa golongan makhluk ghaib lebih berkuasa untuk menolong
daripada Allah.
II.
Memaparkan kisah-kisah
pemujaan menggunakan mentera, memuja kubur, meminta bantuan toyol dan
seumpamanya.
Semua penerbitan
yang menggambarkan perkara-perkara ghaibiyyat secara terperinci, sedangkan
ianya tidak terdapat dalam al-Quran atau al-Hadith.
I.
Memaparkan kisah-kisah
mimpi seorang yang dapat melihat keadaan seksa di alam kubur, keadaan di Syurga
dan Neraka.
II.
Mempamerkan bentuk makhluk halus, seumpama
jin, secara jelas dan nyata.
Semua penerbitan
yang memaparkan pemujaan-pemujaan kepada makhluk syaitan, atau kisah-kisah
manusia boleh berhubungan terus dengan jin dan roh.
I.
Kisah-kisah bomoh
menggunakan jin yang berkuasa melakukan sesuatu melebihi kuasa Allah, seumpama
menyembuhkan segala penyakit atau mengetahui sesuatu barang yang hilang.
II.
Kisah-kisah yang
memaparkan tentang pengalaman yang berkaitan dengan penjelmaan semula roh orang
yang telah mati (Istihdhar al-Arwah), penurunan roh (Istinzal al-Arwah) dan roh
berkuasa menolong (Istikhdam al-Arwah).
Semua penerbitan
yang memaparkan cerita-cerita bersumberkan daripada kepercayaan lama,
kepercayaan kepada petanda, pantang larang dan adat istiadat yang bercanggah
dengan ajaran Islam.
I.
Mengenai kepercayaan
kepada petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi di
cermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air.
II.
Mengenai kepercayaan
bahawa tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala.
Penerbitan yang
memaparkan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
I.
Mengenai kepercayaan
kepada cerita-cerita kononnya dengan memaku tengkok pontianak boleh menyebabkan
pontianak tersebut menjelma semula menjadi manusia.
ANTARA CONTOH FILEM YANG MEMPUNYAI UNSUR SYIRIK DAN KHURAFAT
Kebanyakkan filem seram di
Malaysia menunjukkan amalan-amalan khurafat kepada khalayak ramai seperti amalan
menyembuhkan penyakit dengan berjumpa dengan bomoh bagi meminta untuk
disembuhkan. Sebagaimana yang diketahui amalan ini memerlukan komunikasi antara
manusia(bomoh) dan jin atau syaitan.
Amalan seterusnya adalah
melalui filem ‘Ngangkung’ di mana amalan memuja di kawasan tanah perkuburan
untuk meminta petunjuk mengenai nombor ekor. Tiga watak utama filem tersebut
bersama bomoh telah menjalankan amalan tersebut di sebuah kubur lama dengan
beberapa jenis jampi.
Filem "Hantu Bonceng" yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.
KESAN KESAN FILEM BERUNSUR KHURAFAT ATAU
SYIRIK KEPADA AKIDAH MASYARAKAT
Perkara yang membawa
terpesong akidah
Terdapat
satu babak dalam filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas
kematian dan siksaan2 yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah
kerana penonton akan menganggap siksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti
yang digambarkan.
Bentuk
sihir yang ditayangkan seperti pemujaan benda ghaib atau bacaan yang tidak
difahami merupakan adaptasi perlakuan syirik oleh penonton. Malah, penonton
juga sedikit-sebanyak turut meniru perlakuan tersebut.
Ramai
masyarakat Malaysia yang tidak memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang
sebenar. Media pula seringkali mempertontonkan kepada masyarakat bahawa
makhluk-makhluk ini mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya
seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar; Allah Taala. Masyarakat terpimpin
untuk pergi menemui kahin(dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada
kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih menakuti makhluk
ini berbanding takutkan Allah Taala.
Kesan-kesan lain:
1. Memperbodohkan masyarakat
Islam
tidak menerima apa jua perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk
termasuk memvisualkan jin dan syaitan dalam bentuk drama atau filem. Momokan
mitos yang disiarkan tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Bahkan drama
dan filem seram yang keterlaluan amat merbahaya kerana ia boleh menyumbang
kepada penyelewengan akidah.
Peter
Gay menulis dalam sebuah buku beliau yang bertajuk “The Cultivation of Hatred”
menyatakan bahawa dalam sesebuah komuniti lapisan sosial dan pada setiap abad
manusia akan mencipta satu budaya baru. Sekiranya mengambil kata-kata Peter
Gay, dapat kita lihat bahawa semacam satu budaya tidak sihat di Malaysia
apabila kita ingin mencapai negara maju wujud golongan-golongan yang menanam
dan mempopularkan kembali elemen-elemen tahyul dan mistik.
Ini
akan memberi satu signifikan yang besar kepada pemikiran masyarakat kita. Maka
pemikiran tahyul akan kembali mengambil tempat dalam minda masyarakat.
Natijahnya umat Islam akan terpesong daripada akidahnya dan negara kita tidak
mampu untuk menjadi negara yang maju. Justeru, adakah kita kita ingin kembali
kepada zaman dimana pemikiran tahyul begitu kuat dalam masyarakat kita pada
satu ketika dahulu ataupun kita ingin melihat masyarakat kita mempunyai
pemikiran minda kelas pertama yang sering dislogankkan oleh kerajaan?
2. Cerita tahyul dijadikan hiburan
semata-mata
Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah
kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat
berbanding moral yang hendak disampaikan. Masyarakat juga memandang ringan
perkara yang boleh membawa kepada syirik. Ini menyebabkan manusia mengambil
ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka ria.
3. Pengaruh kepada kanak-kanak
Kanak2 belajar daripada pemerhatian.
Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan
dari aspek tingkahlaku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia
menyebabkan kanak2 terikut2 dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada
mereka di masa akan datang.
4. Mengeksploitasi media sebagai sumber ilmu
yang salah
Rakyat Malaysia mudah terpengaruh, mengikut
dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai
kemewahan. Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu
sihir untuk tujuan tertentu contoh santau, ilmu hitam, bomoh dan berunsur
khurafat berpunca dari hasad dengki atau untuk kepentingan diri sendiri.
5. Masa yang dipertontonkan tidak sesuai
Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi
umat islam.Malam yang penuh barakah ini tampak ‘mesra’ di kalangan umat Islam khususnya
sebagai malam yang seram lagi menakutrkant Syarikat-syarikat produksi filem
yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita ‘hantu’ dan seram kepada syarikat
televisyen perdana menyumbang kepada
budaya negatif seperti meminta izin ketika melalui pokok besar dan
sebagainya..Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada ‘penghayatan’ cerita ini,
sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat
‘misteri’ bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila
malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri
diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan
melalaikan.CARA-CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT:
KERAJAAN
· Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
· Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam
buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya
anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
· Memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar.
· Menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni
· Mewujudkan unit kaunseling dan pusat pembentukkan akidah terutamanya dikalangan remaja Islam.
· Mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam.
· Menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.
PERANAN MASYARAKAT
· Masyarakat
Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang
menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia
antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan
syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang
boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
PERANAN DIRI SENDIRI
· Memandangkan
dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang
besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim
perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu
pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.
- Mengenakan Syarat Tapisan yang Ketat
Dengan
berdasarkan impak negatif yang banyak daripada filem-filem tersebut,
kami menyarankan pihak kementerian mengenakan syarat tapisan yang ketat
terhadap produser filem. Perkara ini dapat menghalang impak negatif
tersebut daripada menular dalam jiwa para masyarakat yang menontonnya.
Pihak kementerian perlu menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi
oleh pihak pengeluar filem agar tidak menjejaskan emosi dan kepercayaan
masyarakat. Syarat tapisan yang ketat itu perlulah dikaji terlebih
dahulu dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang berkaitan
dengan filem.
Mengenakan denda atau hukuman yang berat
Kami
mencadangkan pihak kementerian mengenakan denda atau hukuman yang berat
kepada pengeluar filem yang gagal mematuhi garis panduan tersebut. Hal
ini dirasakan penting untuk mengelakkan para rmasyarakat kita daripada
impak negatif filem-filem tersebut. Denda dan hukuman yang berat itu
sekurang-kurangnya akan menakutkan pengeluar filem yang lain untuk
melanggar garis panduan yang telah ditetapkan itu. Sebagai contohnya,
pengeluar filem yang melanggar peraturan yang ditetapkan boleh dikenakan
hukuman penjara mandatori agar dia tidak dapat mengeluarkan filem yang
sama.
KESIMPULAN
Secara
rumusannya, Islam agama yang menitik beratkan aspek akidah dan syariah
menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan
perbuatan tidak berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias
dilarang sama sekali. Dalam bab akidah Islam, setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya
kepada Allah Yang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam
semesta terbentang luas ini. Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk
memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya,
perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan. kami telah peroleh pelbagai pengajaran dan pengetahuan yang baik
daripada kajian ini. Antara pengajaran yang kami peroleh ialah sebagai umat
Islam, kita diwajibkan bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah selepas
berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu pekara yang dihajati. Terutama sekali
dalam melakukan tugas-tugas harian sebagai khalifah di bumi ini. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan
seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke
arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.
Allah berfirman bermaksud: "Dan janganlah engkau menyembah atau memuja
yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan
juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan
yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap
diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)." (Surah Yunus, ayat 106)
Rujukan
- https://fit3nan.wordpress.com/2009/03/13/lambakan-filem-tahyul-dan-kesan-kepada-masyarakat/
- www.oxfordfajar.com.my
- http://www.islamituindah.my/filem-seram-beri-kesan-negatif-dalam-masyarakat
- http://tingkatan6smkrmm.blogspot.my/2011/10/filem-seram-dan-faktanya.html
- http://drmaza.com/home/?p=257
- http://kaunselingsyarie.blogspot.my/2013/03/as-syifa-iq-insan-melaka-ayat-ayat.html